Kereta api barangan angkut Kereta_api

Kebanyakan barangan dihantar menggunakan kereta api. Di sesetengah negara seperti AS, sistem kereta api digunakan sebagai pengangkut barang. Dalam sesetengah keadaan, mengangkut barangan menggunakan kereta api adalah sangat ekonomi, dan cekap tenaga (energy efficient) berbanding menggunakan jalan raya. Kereta api barangan angkut (KBA) adalah sangat ekonomi jika barang diangkut secara pukal pada jarak yang jauh. Penggunaan kereta api jenis ini adalah tidak berbaloi jika jaraknya dekat.

Salah satu sebab mengapa KBA gagal menarik minat ramai orang ialah ketidakfleksibilitinya. Kebanyakan negara ketika ini cuba menggalakkan penggunaan KBA kerana sistem ini lebih mesra alam.

Terdapat banyak jenis KBA. Antaranya ialah kereta api kontena, yang mana kontena diangkat menggunakan kren dan dibeban ke atas lori atau kapal laut.